Ini pula poster dan rupa paras tiket Hi-Tea.
Gotong-royong beberapa minggu sebelum kejadian
Macam ni rupanya cara buat bunga dari kertas ni. Senang je ni. Cikgu Jalina kata. Tapi anak murid keliling cuba buat ke laut jadinya.
Tadaaaa.....siap dah kelopak-kelpak bunga yang mekar hanya dari beberapa helai kertas warna A4. bak kata cikgu, senang je nak buat.
Malam ini malam membuat bunga ye. Macam kelas kerastangan gamaknya.
Model bunga. Inilah Kak Normah (Akak Kawasan). Tanpa 'Akak Kawasan' merangkap 'Makcik Kantin' tak jalan aktiviti-aktiviti di surau. Terima kasih Kak Normah.
Saya dah beli 2 tiket untuk Hi-Tea ni. Satu untuk saya dan satu untuk anak dara sorang saya ni
We are ready to go, Jom!!! Mak dara dan anak dara.
Yahoooo!!! banyaknya hadiah. Hadiah-hadiah ini adalah sumbangan Muslimah Taman Lestari Putra untuk acara Lucky Draw. Semua yang hadir dapat hadiah tau sebab ramai yang menyumbang hadiah bukan 1 sahaja. Ada yang sumbang 2, 3 dan 5 hadiah juga.
Cantikkan Flower Garden ni? Ini adalah hasil tangan para AJK yang kreatif. Tak ada upah backdrop planner pun.
Ini adalah meja pendaftaran
Kakak Eizzatul melaram dulu sebelum majlis bermula. Besarnya gigi kakak.
Saya dan Kak Roaini ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Ada sorang lagi penyambut tetamu Kak Jalina belum sampai lagi masa ni.
Posing di Flower Garden dulu sebelum tetamu hadir
Diam-diam, kepala jangan gerak. Bunga tanggal nanti.
Itu lah kot Cik Tina bebel kat Akak Kawasan.
Jiran selorong Jalan LEP 7/12 dari kiri Ustazah Faridah (Ustazah mengaji & KAFA), Kak Roaini, Kak Zuraidah, Saya Hafizah
Kasi pos sikit dengan bunga besar
Sedondon kami, Ibu dan anak.
Sayang ibu, baju sama, tudung warna sama, Flower crown sama, kasut pun sama tau
n
Bergambo dengan Kak Normah pulak. Orang kuat program Hi-Tea ni.
Terharu rasa bila Makcik-makcik Taman Lestari Putra pun sudi join program Hi-Tea kita.
Ke meja kanak-kanak pulak
Jom kita round meja-meja para princes Taman Lestari Putra pula
Meja AJK
Meja Geng Kak Zarini tukang jahit baju
Meja Geng Kak Roaini, saya dan geng Kak Roaini pool satu kereta ke Umai, Putrajaya ni memandangkan rumah kami berdekatan dan selorong.
Meja geng Kak Michiko Suraya (nama pun macam Jepun)
Meja Geng Safura dan Makcik-makcik surau
Geng Meja Kak Jalina dan Geng Fiza Idris. Di sudut sana Kak Normah 'Akak Kawasan' jeling apa tu?
Meja VIP, meja ini dikhaskan untuk Ustazah jemputan dan jemputan khas
Meja Geng Mimi
Tak de orang nak ambik gambar kita, kita Selfie lah ye Kak Aiza (posing maut nampak), Kak ida jeling apa pulak tu. Geng AJK suka menjeling.
Meja Geng budak sekolah. Cute-cute mereka memperagakan dress tema bunga-bunga.
DJ yang didatangkan khas, Kak Aya kebabommm yang sangat ber'energy'. Cantiknya bunga atas kepala Kak Aya (special effect dari jurufoto)
Ucapan kata alu-aluan dari 'Kakak Kawasan' Kak Normah. Waktu ni sangat sedih dan terharu sebab walau dalam keadaan sedang menjaga ibunya yang sakit dan menguruskan rumahtangganya, Kak Normah masih berupaya untuk bersama-sama mengadakan program Hi-Tea ini demi rakan-rakan kejiranan untuk mengeratkan lagi silaturahim. Tahniah Kak Normah, You are the great women!
Air mata Kak Normah berlinangan. Saya pun rasa sebak. You are Strong Women Kak.
Tekun mendengar kata-kata aluan Kak Normah. Terpaku jadinya.
Tiba saat yang dinanti-nanti. Lucky Draw Time!!
Kita tengok sapa yang kena...
Kak Roaini jiran selorong
Kak Bani, jiran depan rumah saya
Kak Aini scuba senyum melerek gitu.
Tina the great
Lilis first lady LEP 7
Yehhh!! Dapat hadiah besar.
Doktor Nurul gembira dapat hadiah
Kak Aya ni memang berbakat MC. Saya pernah dengar Kak Aya jadi MC di stadium MPSJ. Satu Stadium bergegar suara Kak Aya. Memang padanlah AJK lantik Kak Aya jadi MC.
MC interview anak-anak cilik nih
Bergaya dengan baju kembangnya anak Kak Jalina, Dina. Almaklumlah maknya tukang jahit. Tak de hal nak jahit baju cantik-cantik.
Perut pun dah lapar, jemput makan. Menu yang disediakan oleh Umai Mee rebus, cucur udang, ayam goreng maveles, bee hoon Singapore
Ni la ayam rangup maveles yang saya katakan tu. Nampak sedap kan?
Selfie dengan Kak Sue
Yang ni pulak namanya Fizah jugak. Ada ramai yang bernama Fizah di Taman Lestari Putra ni. Saya dikenali sebagai FiezaBard. Yang dalam gambar ni Fiza Idris
Antara Juadah yang disediakan. Tengok tu ratu Mungeee kita. Tak pandang kiri kanan dah. Bunga mataharinya menyerlah sungguh.
Sambil-sambil makan bergambo la dulu
Amacam, Sedap tak? Mee kari, Beehon gorang Singapore, Sandwich, buah-buahan dan teh tarik.
Ini lagi menarik.
Uniknya sinki ni. Tak nampak batang paipnya
Berlatar belakangkan masjid besi
Berkepul-kepul awan di sana. Tanda hari nak hujan.
Acara bermula. Program yang pertama ialah Cat walk kategori kanak-kanak
Wow! bergaya anak Ustazah Zarina ni Peragawati dari Mexico MC kata
Si cilik ni pun kan main bergaya lagi, Ala-ala saloma gitu
Lambai-lambai tangan lagi
Berbaris di hadapan juri, bagi pos maut ye. Baru juri tertarik.
Program seterusnya, tazkirah dari Ustazah jemputan Ustazah Noraini didatangkan khas dari KuisCell Ustazah Noraini adalah anak didik Ustaz Don Danial dan pernah ditontonkan perkongsiannya di kaca TV AlHijrah dan TV9
Isi Tazkirah Ustazah Noraini
Wanita confirm masuk syurga
Bagaimana nak pastikan diri kita wanita mudah masuk syurga? Hanya Ada 4 perkara saja perlu dilaksanakan.
1. Cukup solat 5 waktu
solat sunat secara istiqomah
biar sikit tp konsisten
2. Berpuasa di bulan ramadhan
jaga ramadhan dgn baik
3. Jaga kemaluannya
Allah SWT berfirman: "Dan, janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya, zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.( Al-Israa’ [17] : 32)”
4. Taat suami
mudah tak taat suami?
3 perkara di atas solat 5 waktu, wanita boleh buat. Berpuasa di bulan Ramadhan, Insya Allah wanita boleh buat. Jaga kemaluan juga wanita boleh jaga. Tetapi Taat kepada suami adalah perkara yang mudah tapi sukar dilaksanakan oleh para isteri. Betul ke betul!
kalau buat 4 perkara ni, confirm masuk syurga dan boleh pilih dari mana-mana pintu syurga yang anda suka.
Terima kasih Ustazah Noraini kerana memberi tazkirah yang pendek tetapi sangat padat.
Sara anak Kak Aya, wakil kepada Kak Aya yang jadi MC mengambil hadiah. Maaf Kak Aya gambar Kak Aya kain je dapat shoot.
Cik Masni gembira dengan hadiahnya
Hajar yang baru sampai sebab sesat pun dapat hadiah juga
Cik Ita Pilot Kitchen
Ustazah Rogayah
Safura
Dee Diana, makin comel lepas bersalin. Baby pun dibawaknya.
Nor wife kepada En Halim. Terkejut MC bila disebut nama Nor sebagai Nor Halim. Ingatkan ada kaum adam dalam group muslimah.
Kak Sue
Ustazah Zarina tetamu jemputan khas kita
Zana
Kak Jalina tuakng jahit juga nih. Bukan saja tukang jahit. Tukang kraftangan. Bunga Backdrop kat Photo Garden tu hasil dari kraftangan Kak Jalina. Kak Jalina juga dikenali sebagai Ina Pau sebab kak Jalina juga membekal Pau yang sedap.
Kak Zue (First Lady Pengerusi Surau)
Ustazah Noraini pun dapat ye
Bergambar dengan para ustazah
Dari Kiri Ustazah Syarifah, Saya Hafizah, Ustazah Rugayah dan Ustazah Noraini ( Ustazah Jemputan)
"Anda adalah siapa disekeliling anda"
"Sekiranya anda berkawan dengan tukang besi, sedikit sebanyak anda akan terpalit percikan api besi,
Sekiranya anda berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak anda akan terpalit bau wanginya."
Siapa anda adalah siapa rakan-rakan di sekeliling anda.
Bersyukur saya dikelilingi orang yang baik-baik.
Bahagia bila berada bersama-sama Ustazah-ustazah nih. Selfie dengan Ustazah Noraini. Cek mek molek je Ustazah nih.
Program seterusnya, Busana Muslimah pula yer.
Jangan tak tahu, almost yang bakal memperagakan Busana Muslimah mereka adalah dikalangan mak-mak dara. Ada 3 orang saja anak dara di situ.
Dari kanan Ukhti Dee, Mimi, Yani, Tina, Angah (anak dara Kak Normah), Nabilah (anak Kak Rubi), Nadiah(Anak Kak Jalina), Farah
Para peserta Busana Muslimah ini dipilih oleh pekerja Umai seramai 8 orang semuanya. Kepada sesiapa yang menerima bunga, ia bakal memperagakan Busana mereka kepada Juri Jemputan iaitu Ustazah Rugayah and the geng.
Amboi bukan main lagi gaya mereka. Maaf gambar kurang memuaskan.
Posing maut ye depan juri.
Nabilah anak kak Rubi sebagai pemenang Busana Muslimah tempat ketiga
Tempat kedua jatuh kepada Mimi
Seperti yang dijangkakan. Tempat pertama Busana Muslimah jatuh kepada Ukhtie Yani. Tengoklah bunga matahari berjambak-jambak tepi kepala tu. Mana tak menang.
Acara memotong kek sumbangan kek dari Ustazah Zarina.
Ok, sambung Lucky Draw disampaikan oleh Ustazah Noraini pula.
Wow! beso nampak hadiah Kak Zue
Ustazah bersama Ustazah. Ustazah tetap kuliah dhuha Surau AlMustaqqim kita Ustazah Syarifah dan Ustazah jemputan Hi-Tea kita Ustazah Noraini
Nora tersengeh ayu
Kak Zuraidah dengan baju bunga pinknya
Kak hawa. Macam kenal je hadiah yang dipegang.
Sue Adi. Hari ni tak bawak baby macam tahun lepas.
Kak Siti tokey karipap dan kuih talamnya
Akak Kawasan @ Makcik Kantin aka Ketua Muslimah AlMustaqim selaku penggerak utama Event Hi-Tea ini.
Cik Aliwati, ayu gitu menggayakan busana ala-ala kimono gitu
Ustazah Faridah selaku Ustazah mengaji kat Taman Lestari Putra. Ia juga ada buka sekolah KAFA
Acik Bedah pun apa kurangnya melaram
Fiza Idris banyak kali naik ambik hadiah wakil untuk kawan katanya. Yang kali ni hadiah untuk empunya diri
Kak Yati beso hadiah tu
Kak Linda dengan gaya busana FROZEN nya.
Pengacara pun dapat tau...Kak Michiko Suraya.
Hadiah khas dari tajaan Tokey Mary Kay agen. Jeng! Jeng! Jeng! Jatuh ke tangan Hafizah Admin @ Hafizah Bakhtiar
Ucapan penutup oleh Akak Kawasan, Kak Normah
Ustazah Syarifah Ustazah tetap Kuliah Dhuha Surau Al-Mustaqim mengetuai bacaan doa penutup
Sebelum gambar beramai-ramai, jom selfie
Happening Muslimah Taman Lestari Putra. Terserlah keayuanmu.
Selfie dengan pemenang Busana Muslimah , Ukhtie Yani
Sebelum pulang, meh selfie ibu dan anak berlatak belakangkan Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai masjid besi.
Antara hadiah dan cenderahati yang dapat. Terima kasih kepada yang menyumbang.
Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan infiniti TAHNIAH dan terima kasih kepada Jemaah Muslimah Surau Al-Mustaqim khususnya dan Seluruh Kaum Muslimah Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai kerana berjaya menghadirkan diri untuk bersama-sama Jiran dan rakan-rakan kejiranan meraikan Hi-Tea buat kali kedua ini.
Sangat-sangat happening, sangat seronok dan anda semua hebat. Sebagai ibu, sebagai jiran, sebagai kawan. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin berkekalan. Di penghujung tahun 2016 baru kami dapat together-gether. Bukan senang tau nak berkumpul jiran tetangga memandangkan kesibukan dengan rutin harian.
Insya Allah Hi-Tea Muslimah ini akan menjadi acara tahunan program Muslimah Al-Mustaqim.
Saya yang juga selaku AJK kecil mewakili rakan-rakan AJK Program Hi-Tea memohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam program ini. Yang baiknya datang dari Allah, yang kurang baik akan kami perbaiki dalam program akan datang Insya Allah.
Sekiranya anda suka entri ini jangan lupa tekan button SHARE dan LIKE. Mudah-mudahan anda dapat manfaatnya.
Love,
Hafizah
Jiran anda