Pages

Thursday, September 22, 2016

3 CARA BERKESAN MENGURANGKAN PEDIH HULU HATI DAN GASTRIK YANG ANDA PERLU TAHU

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Fiza doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Baru-baru ini kawan sekerja Fiza ada bertanya

"Gaviscon boleh diambil ke untuk wanita hamil?"

Kawan Fiza ni lelaki, bertanyakan bagi pihak isterinya yang hamil 8 bulan. Isterinya mengalami pedih hulu hati selepas makan pedas semalamnya. Muntah entah dah keberapa kalinya.

Saya ni walaupun dah beranak 5, tapi saya ingat-ingat lupa sama ada saya pernah mengalami pedih hulu hati.

Dada terasa panas

Namun begitu seingat saya, saya tak boleh makan terlalu banyak. Sekiranya saya makan banyak ketika hamil terutama semasa trimester III, makanan yang saya makan akan termuntah balik. Kesemuanya tau, rugi je saya makan.

Pedih hulu hati ini biasanya terjadi bila dada terasa panas dan pedih seperti terbakar (heartburn). Biasanya terjadi di bahagian bawah tekak hingga ke tulang dada.

Ini terjadi disebabkan asid perut naik ke esafogus (salur makanan) hingga boleh naik ke tekak dan mulut hingga meninggalkan rasa masam dan pahit.

Ini bukan hanya terjadi kepada wanita hamil, kadangkala ia juga berlaku kepada individu yang sensatif dengan pemakanan.


Beginilah ilustrasi bagaimana asid dalam perut termasuk ke dalam esofagus

Kenapa wanita hamil sering kena pedih hulu hati?

Persoalannya, kenapa wanita hamil sering terkena pedih hulu hati?

Ini berpunca daripada perubahan hormon dan fizikal semasa hamil yang agak ketara.

Hormon progesteron yang meningkat semasa hamil mengakibatkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim) longgar. Dari kajian pakar, hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Sebab tu la asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.


5 cara cegah pedih hulu hati
  • Makan makanan yang dalam portion yang lebih kecil dan lebih kerap.
  • Elakkan makanan pencetus pedih hulu hati (seperti makanan pedas) dan minuman (air kopi/teh).
  • Elakkan mengambil makanan dalam tempoh beberapa jam sebelum tidur. Seeloknya makan 4 jam sebelum tidur. 
  • Kurangkan tekanan.
  • Jika ada masalah berat badan, disarankan turunkan berat badan anda. Anda boleh join Now Everyone Can Kurus (NECK) sekiranya anda mengalami masalah berat badan.
Sila klik link ini untuk maklumat #NECK


3 Cara Berkesan mengurangkan pedih hulu hati dan gastrik

1. Ambil halia

Boleh je anda mengurangkan pedih hulu hati secara traditional dengan mengambil lebih halia dalam minuman dan masakan anda.

Caranya rendamkan halia dalam minuman panas anda untuk beberapa minit dan minum.

2. Minum banyak air masak

Dengan mengamalkan minum air masak terutamanya semasa makan dipercayai membantu untuk membersihkan lapisan mukus esofagus daripada diselaputi asid.

Disamping itu anda juga digalakkan minum air sebanyak at least 2 liter sehari semalam.

3. Pengambilan Nutrisi yang lengkap

Pedih hulu hati juga boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi lengkap setiap hari. Pastikan mengambil makanan yang mengandungi Protein yang lengkap. Antara protein terbaik yang saya pernah amalkan adalah Energizing Soy Protein (ESP).




Kenapa pilih Energizing Soy Protein (ESP)


Sebab apa Fiza pilih Energizing Soy Protein (ESP), Fiza suka rasanya yang tidak manis dan mudah terlarut. Di samping itu, sepanjang saya mengamalkan minum ESP ini breakfast takkan lengkap tanpa ESP.

Akibatnya, saya sentiasa rasa bertenaga dan cergas sepanjang hari. Mungkin disebabkan kandungan ESP yang lengkap.

Masalah pedih hulu hati memang jarang saya alami.

Masih tak percaya?

Jom saya share testimoni kawan-kawan yang merasai ESP.



Testimoni Pedih hulu hati dan gastrik dengan SHAKLEE

Alhamdulillah syukur dah ramai yang mengalami pedih hulu hati dan gastrik berkurangan deritanya dengan Suppliment Shaklee terutamanya Energyzing Soy Protein (ESP)




~Testimoni 1~

~Testimoni 2~
 ~Testimoni 3~
 ~Testimoni 4~
 ~Testimoni 5~
 ~Testimoni 6~

 ~Testimoni 7~

~Testimoni 8~

~Testimoni 9~

~Testimoni 10~
Dah terang lagi bersuluh, ESP memang terbaik. Tak caya tak apa, makan je!

Perlukah berjumpa doktor?

Tidak dinafikan semasa Fiza hamil dulu, kerap kali juga saya berjumpa doktor selain appointment bulanan dengan doktor. Sebab apa? sebab saya juga sering muntah-muntah dan mual terutamanya semasa hamil trimester I. Ubat wajib yang saya terima sudah tentunya ubat tahan muntah. Bila Fiza makan ubat tahan muntah tu tak pulak berkurangan rasa mualnya.

Namun begitu anda dinasihatkan merujuk doktor sekiranya:
  • mengalami masalah pedih hulu hati kerap dan berpanjangan. Manalah tahu itu adalah tanda-tanda ulser perut dan ulser abdomen.
  • Pedih hulu hati masih tidak berkurangan walaupun anda telah mengamalkan cara-cara mengurangkannya seperti yang telah Fiza nyatakan di atas.
  • Bagi wanita yang telah menapous pula, tanda-tanda pedih hulu hati adalah symptom serangan jantung. Jangan tunggu lagi, ambil rawatan segera.
Doa


Jangan lupa sesuatu yang kita buat hendaklah diiringi doa. Sebelum mengambil suppliment berdoa supaya dihindari sebarang penyakit dan Allah permudahkan urusan saya dengan my lovely family.

Selepas itu juga saya sentiasa bertawakal kerana Allah juga yang berkehendakkan sesuatu kepada umatNya.

Saya doakan anda juga sentiasa sihat dan sering dilindungi Allah di dunia dan Akhirat.

Sekiranya anda suka entri ini mohon SHARE dan LIKE supaya lebih ramai rakan-rakan kita mendapat manfaatnya.

Kalau tahu sesuatu ilmu hendaklah disebar-sebarkan. Jangan simpan sendiri ye. Insya Allah anda dapat pencen KUBUR PERCUMA kelak...

Terima kasih kerana sudi membaca.

-------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Love,
Hafizah
Shaklee ID : 961265
019-211 8757 (Telegram/Whatsapp)



~Design Your life Not By Default~

Monday, September 19, 2016

KEMENSAH WATERFALL, SATU LAGI TEMPAT PICNIC YANG MENARIK DILAWATI

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta

Entri kali ini saya ingin bercerita kejadian baru je semalam, memandangkan cuti sekolah penggal ini kami tidak ada plan untuk bercuti kemana-mana. Lagipun cuti ini bergandingan dengan cuti Hari Raya Haji. Masa banyak dihabis di kampung meraikan Hari Raya Haji.

Pada hari-hari terakhir seminggu cuti sekolah, saya berhasrat nak membawa anak-anak mandi-manda. Anak-anak memang suka main air.

Persoalannya sekarang 'AIR' mana yang saya nak bawa memandangkan suami saya outstation. Jadi saya hanya mampu bawa anak-anak di kawasan yang berhampiran rumah saja.

Dalam senarai main 'AIR' saya ketika itu hanya Putrajaya. Putrajaya hanya 20km saja dari rumah saya. Tapi yang saya tak berapa berkenan sebab di Putrajaya hanya ada kolam mandi dan kolam permainan kanak-kanak. Mana nak jumpa waterfall area rumah ni.

Cuma yang terfikir waktu tu Air Terjun Kemensah. Antara air terjun yang paling dekat dengan rumah kami. Kedudukannya yang berada berhampiran Zoo Negara, memudahkan saya untuk sampai ke sana tanpa driver saya iaitu suami saya.

Jalan nak ke Kemensah Waterfall tu jalan biasa saya ke office. Jadi saya tak ragu-ragu untuk memandu bersama anak-anak.

Tapi saya tetap guna Google Map untuk pastikan perjalanan saya dan anak-anak lancar. Co-pilotnya sapa lagi kalau bukan anak-anak saya. Cari kemensah Waterfall tak jumpa searching dalam Map. Yang ada ATV Adventure.

ATV Adventure

Rupanya di sini terkenal dengan aktiviti lasak ATV Adventure. Alaaa...yang naik moto lasak dalam denai tu. Tak pe ye anak-anakku, next time kita ber'ATV' pulak ye. Kali ni kita fokus mandi sungai...yehhh!!!!


KLIK MAP INI UNTUK KE PAUTAN GOOGLE MAP

Jauh juga route perjalanan saya dari rumah ke Kemensah Waterfall. Biasalah di MRR2 Highway pasti ada traffic jammed. Kesempatan ini saya sembang dengan anak-anak saya, inilah perjalanan ibu pergi balik office dengan traffic jammed setiap hari even bukan waktu bekerja.

Perjalanan saya dan anak-anak sebenarnya bukannya dari rumah tetapi dari Putrajaya sebab mulanya kami hanya nak mandi kolam di Persint 9. Kami terpaksa mengubah haluan bila Kolam tersebut ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

Elok jugak kami ke Kemensah Waterfall, at least kami dapat menikmati kehijauan hutan sambil menikmati bunyi-bunyian deruan sungai yang mendamaikan.

Lagipun, kalau anda nak tahu. sekiranya kita berada di kawasan hutan dan sungai yang mendamaikan cas-cas negatif akan dibebaskan sementara cas-cas positif akan terserap ke anggota badan kita.

Sebab tu sekiranya kita berada di dalam hutan yang menghijau kita merasa sihat dan segar.


Seronok bila berada dalam air. Dengar deruan air yang mendamaikan. Bunyian air ini seperti berzikir dengan Allah. Damai sangat. Sejuk tau..

Chalet Kemensah Waterfall (Mohamad Chalet)

Dari Putrajaya saya ambil jalan MEX Highway turun susur Bukit Jalil untuk ke Bandar Tasik Selatan dan terus ke MRR2 Highway. Dari MRR2 kami perlu U-turn di Taman Melawati untuk ke Jalan Zoo Negara. Jalan Kemensah Waterfall ini betul-betul bersebelahan dengan Zoo Negara. Tak sangka pulak dikesibukan bandar yang hiruk pikuk masih ada kampung yang masih terpelihara ekosistemnya.

Jalan nak ke Kemensah Waterfall ini agak sempit. Muat-muat untuk sebuah kereta bersaiz besar sahaja. Mujur saya bawa kereta comel Axia, jadi tak jadi masalah nak menciluk. Tapi cuak jugak sekiranya lalu dihujung tebing dan berselisih pula dengan kereta lain.

Ada banyak Chaket di sini, tapi saya memilih Chalet Pakcik Mohamad memandangkan kedudukannya yang tak begitu jauh dari jalan besar dan tempatnya agak menarik.

Antara kemudahan yang disediakan.
1. Pangkin berkelah
2. Chalet/pondok untuk kemudahan berehat sekeluarga dan menyalin pakaian
3. Buaian dalam air.
4. Pelantar terjun air.
5. Tandas
6. Ada juga chalet bermalam
7. Tempat BBQ


Inilah pangkin picnic yang disediakan di sini. Sangat selesa. Kebetulan saya tak bawa tikar pun. Jadi tempat macam ni memang sangat selesa untuk kami sekeluarga picnic. Ada bumbung lagi tak risau panas atau hujan.


Saya decide ambil sewa pangkin ini saja memandangkan sampai sini pun dah tengah hari. Lagipun anak-anak ni bukan duduk dalam chalet pun. Seharian berendam kan.

Untuk sewa pangkin ini Pakcik Mohamad mengenakan RM20 termasuk mengunakan bilik air yang disediakan.

Sekiranya nak menyewa chalet Pakcik Mohamad mengenakan RM40 untuk sebuah chalet.

Untuk chalet yang besar RM150 untuk seharian sewaan. Manakala untuk bermalam dikenakan RM180.

Memandangkan saya sampai di sini dah hampir pukul 1 PM. Saya menumpang solat di sini. Pakcik Mohamad tak berkira. Walaupun saya tidak menyewa chalet tapi beliau membenarkan saya solat di salah sebuah chalet di situ. Alhamdulillah mudah sangat di sini.

Saya suka tempat ini kerana tak begitu ramai orang yang berkunjung di sini walaupun hari minggu. Jadi, suasana tidak begitu sesak. Hanya ada 2 keluarga berada di sini sebelum saya sampai.

Tak de la nak berebut bilik air seperti tempat-tempat picnic lain yang terpaksa beratur nak masuk salin pakaian.

Inilah chalet yang boleh bermalam tu. Cantikkan?


Ada banyak pangkin/Chalet yang boleh disewa.


Awina suka bermain di pangkin ni. Ada peneman rupanya.



Entah apa disembangkan Awina dengan kucing tu.



Posing maut dik Awina


Syoknya dia bersantai.


Seronok tau bila badan kita kena hempas air terjun macam urutan semulajadi



Air terjun di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tidak terlalu tinggi. Kawasan yang landai mudah untuk mengawal mereka. Pakcik Mohamad cuma pesan di kawasan biru itu adalah kawasan sedikit dalam. Berhati-hati dan dilarang menghampiri kawasan tersebut.


Bertambah seronok di sini anak-anak boleh terjun dari pelantar yang dibina. Boleh training untuk Olimpik ni. Abang Long Eizz dah ready untuk terjun.



Buaian atas air pun disediakan di sini. Lebih seronok mereka berendam lelama sambil bergayutan.



Di sini juga dibina tangga untuk memudahkan pengunjung menyusuri air, macam di swimming pool tu.






Abang Long tak jemu-jemu terjun sungai. Lagak orang kampung la tu. Puas mereka main terjun sungai.



Fitri lagi hebat. Dialah yang mulakan dulu terjun sungai nih...1 2 3 terjunnnnn!!!


Belajar mengapungkan badan. Berjaya tu. Fitri memang suka mencuba sesuatu yang baru.




Dah terjun ni. Sapa tah terjun dah dalam air...kedebussss!!!




Terjun lagi...


Jom tonton video mereka yang saya rakamkan.


Percubaan pertama Eizz Fitri terjun



Seronok kan main mereka berpusing-pusing lagi dalam air


Belek-belek gallery dalam handphone terjumpa video ni (Abang Long Eizz yang ambil video ni). Subhanallah air yang mengalir sungguh tenang.


Ada satu lagi video tak dapat nak upload kerana saiznya besar. Insya Allah saya akan share bila dah alter saiz nanti.

Alhamdulillah mission completed. Seronok rasanya dapat menggembirakan anak-anak walaupun suami saya out-station waktu ni. Nak tunggu ayahnya balik alamat tak kemana-mana gayanya. Sebagai Iron Lady...hahahhaa...konon, saya rasa sangat puas hati bila anak-anak gembira. Anak gembira saya pun gembira. Syukur mereka dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Kepada anda yang tak ada idea nak pergi ke mana-mana hujung-hujung minggu boleh beriadah bersama keluarga di sini.

Gunakan Quality Time anda di sini sambil menikmati kebesaran Allah.

Selamat bercuti!

Iron Lady,
Hafizah.

Thursday, September 15, 2016

BAHAYANYA PENYAKIT HATI DARI USTAZ SYAMSUL DEBAT

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Kali ini saya nak share dengan anda pengisian ceramah oleh Ustaz Syamsul Debat yang kami ikuti di Surau Abu Bakar Assiddiq, Taman Lestari Putra, Seri Kembangan pada 21/8/2016 yang lalu.

Selama ni saya hanya tonton saja ceramah Ustaz Syamsul di kaca tv. Alhamdulillah kali ini dapat face to face pulak.

Suami saya la untung. Dapat sembang lagi.

Kalau kita nak jadi baik, hampirkan diri kita dengan orang yang baik-baik. Kita adalah orang disekililing kita. Faham ke faham? Tak faham buat-buat fahamlah.

Jemput ye baca perkongsian saya. Insya Allah, ilmu Allah yang saya kongsikan dapat manfaat anda semua.

---------------------------------------------------------------------------
perkongsian kuliah malam tadi. Jemput baca dan amalkan.

PENYAKIT HATI

21/8/2016
Penceramah: Ustaz Syamsul Debat. 
Surau Abu Bakar As Siddiq

Syukur bukan hanya dimulut, tp juga dihati dan perbuatan.
contoh Syukur dilahirkan bukan dalam kuil.
Allah uji kekayaan dgn kecukupan.
Mak bapak kita dulu makan lauk pucuk ubi tapi Allah cukupkan.
Penyakit hati. tamak. dengki. hasad
jauhkan dari penyakit hati.
bila sebut pasal syukur ada penyakit hati.

3 penyakit hati

1. tamak
Allah sempitkan kubur hingga bertemu tulang rusuk.
biarlah kita susah asal org lain senang.
kalau bawak makanan jiran nampak kena bagi.
tayang makanan dalam FB kena bg semua yg tgk dlm FB. 😊😊😊
share perkara berfaedah dalam FB.
jangan cakap perkara yg negatif dlm FB.
Berlapang dada.
Alhamdulillah sekiranya ditimpa masalah.

2. dengki.
Nabi pesan dengki ibarat api membakar kayu. 
cerita kisah nabi. jumpa seorg lelaki nabi kata sesungguhnya ia ahli syurga. 3x nabi kata ia ahli syurga.
sehingga seorang sahabat intai apa yg dibuat

sebelum tido buat 3 perkara
1. sebelum tido maafkan semua org.
2. andai panjang umur bangun pagi esok aku tak nak dengki dgn org.
3. andai panjang umur esok aku nak buat baik dgn org.
jgn sombong. hebat mana pun jawatan mati takkan mandi sendiri.
sibuk tgk bini org lawa. berlagak la bini lawa.
bini kita pun lawa.
masalah bercerai setiap 13 minit di Malaysia semua muda2.

nak cari menantu tanya:
1. solat ke tidak?
2. belajar agama tak?
3. suruh baca fatihah depan kita.
syukur akan selesaikan semua masalah
cukupkan apa yg kita ada.

6 penawar penyakit dengki.
1. muhasabah diri. 
tgk apa kurang kita. 
apa keburukan kita.
2.kalau kita jaga aib org, Allah jaga aib kita.
jgn tengok kelebihan org shj.
3. bersyukur
4. memupuk sifat maaf.
maafkan org.
mintak maaf dgn ALLAH.
bersyukur...dgn nikmat.
nikmat umur. brp umur ekau sekrg?
nikmat muda. masa mude di mana?
nikmat harta. ada sedekah?
bila nampak tabung masjid senyumm..😊😊😊 senyum tu kan sedekah. lawak je.
dgn manusia senyum. dgn suami senyum.
5. bersangka baik.
suami dan isteri jgn bersangka buruk.
keluarga jgn bersangka buruk.
6. Ikhlaskan diri.
Tak harapkan balasan.

Punca dengki.
1. permusuhan.
2. ta ayus. merasa diri ini lebih dari org lain.
3. takabur. bangga dan sombong.
4. takut kehilangan.
rumah besar takut rumah tu hilang.
takut bini lawa kena ngorat org lain.
5. mencintai kedudukan dan pangkat
6. jiwa hati yg kotor
7. kedekut.
8. rungsing.
hebatnya sedekah, org yg mati nak hidup balik sbb nak bersedekah.
harta yg kita ada Allah bg. bila2 boleh tarik balik.
keindahan kejayaan bukan pd kejayaan itu. Tp pd perjalanan mencapai kejayaan.
Bila ujian smpi pd kita jangan merungut.
Ibarat garam dlm cawan. dan garam dlm baldi mana yg lebih masin.??
Kalau tayar kereta pancit meletup...ckp Alhamdulillah...ada hikmah sebalik tu.
kita jalan 30 km suami isteri.
hikmahnya dpt pegang tangan selama dlm perjalanan.
imbau kenangan lalu. kembalikan bibit2 cinta.

Kesan penyakit hati.
1. harapkan org lain susah.
2. tak reda.
kalau anak tak lulus periksa jgn marah. dapat 8E. Alhamdulillah.
Doakan anak.
Ya Allah dapatkan keputusan anak aku keputusan yg baik. Walau apa pun keputusan yg Allah beri adalah yg terbaik utknya.
Serah kpd Allah beri yg terbaik utknya.
Sekiranya dgn suami. doa juga. Ya Allah berikan yg terbaik utk aku.
masak utk suami. seolah2 mengerjakan haji dan umrah.
suami nak makan apa masakkan saja.
mandi dgn suami pahala besar
apa suami tak cukup isteri lengkapkan.
apa isteri tak cukup suami tampungkan.
3. suke mencela.
4. suka menghina
5. sakitkan hati org lain.

Atasi penyakit hati.
1.istighfar
contoh doa, Ya Allah kalau ada kebaikan panjangkan umurkan aku dpt pakai baju raya ni tahun ini.
2. kawan dgn org soleh/ org yg baik.
3. berlapang dada kepada Allah
sentiasa tengok org yg rendah dgn kita jgn tgk org yg tinggi dr kita.
org naik kapal terbang tgk org naik bas. org naik bas tgk org naik kereta.
org naik kereta tgk org naik moto.
org naik moto syukur tgk org naik basikal.
org naik basikal syukur tak kena roadblock tgk org jalan kaki.
org jalan kaki syukur tgk org yg terbaring.
org yg terbaring tgk org dah mati.
umur paling lama pun 60 tahun.
ada penyakit sombong tamak dengki buangkan.
ubatnya BERSYUKUR.
gantikan ucapan 'nasib baik' dengan ucapan ALHAMDULILLAH...
kalau suami berdengkur syukur sbb dia ada disebelah kita, bukan tido dgn org lain.
Harap dapat manfaatnya.
Maaf atas kekurangan. ada note yg miss ambil...

Live Video Ustaz Syamsul Debat

Don't worry suami saya ada sharekan live video FB ceramah Ustaz. Mohon saya share di sini. Jemput tonton ye.

Pasti anda tergelak tak senang duduk.


Sambungannya selepas azan Isya'


Sekiranya anda suka entri saya kali ini dan anda rasa sangat perlu dimanfaatkan oleh orang lain, mohon tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai yang dapat manfaatnya. Insya Allah anda dapat pencen kubur.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Pemburu Ilmu,
Hafizah

#UstazSyamsulDebat

Wednesday, September 7, 2016

RESEPI CHEESY LASAGNA MUSIM UPSR YANG MARVELOUS

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak share Resepi 'Cheesy Lasagna UPSR'. Saya namakan dia sempena minggu UPSR yang dilalui oleh anak sulong saya Muhammad Eizz Aqlan. Dan Lasagna ni adalah Lasagna pertama yang pernah saya buat atas permintaan Eizz yang bakal menghadapi UPSR waktu tu.

Dah lama Eizz ngecek Lasagna ni. selalunya order je. Tapi memandangkan ibunya terlebih rajin dan mood memasak sudah kembali, makanya terjadilah juadah Lasagna hari itu.

Tak de la susah sangat nak buat Lasagna ni, bahan-bahannya sama je macam nak buat spegathi bolognese, macaroni bakar atau yang seangkatan dengannya. Italian food you kita hari ini.

Jemput jenguk resepinya ye. Terima kasih kepada Che' Nom (blogger resepi) yang sudi share resepi paling ringkas Lasagna.


yummyyyy!!!!

Masa
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 70 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang



Bahan-Bahan:

kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
parutan keju mozarella, secukupnya
serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan untuk sos bolognese
300 gram daging atau ayam kisar
379 gram @ 1 jar kecil sos spagethi traditional (saya guna 1 jar kimball spagethi sos)
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji capsicum hijau, potong dadu
6 biji cendawan butang, hiris nipis
1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
*amaran garam bubuh sikit je sebab cheese dah masin. Kalau tak bubuh pun tak pe.

Bahan untuk sos putih
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 keping keju cheddar cheesedale
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
lada putih dan garam secukup rasa

Nota: guna 3 keping cheese jika tiada keju parmesan

Cara-caranya memasak

Cara untuk masak sos bolognese
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. 
  • Kacau sehingga daging kering airnya.
  • Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos spegathi. 
  • Masak sehingga karot lembut. 
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (saya tak bubuh garam sebab cheese dan masin)
  • Tambahkan air jika kuah kering. 
  • Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang digunakan adalah yang segera atau kering.
campakkan carrot, capsicum, cendawan butang dan sebarang sayuran yang anda gemari boleh mix dalam kuah bolognese tu
Tuangkan sos spegathi dalam ramuan
Menarikkan sos bolognese ni...yummy!!

Cara untuk memasak sos putih

  • Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. 
  • Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  • Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese.
  • Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih serta secubit garam (secubit je ye, cheese dah masin). 
  • Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
  • Angkat dan sejukkan.

Cara untuk membuat lasagna



Rupa paras Lasagna sebelum dibakar. Melelehhh beb!!
  • Panaskan oven kepada suhu 180°C.
  • Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  • Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. 
  • Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
  • Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese.
  • Last sekali taburkan daun oregano dibahagian atas sekali.
  • Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.

  • Bakar di dalam oven selama 25minit. 
  • Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan.
Tadaaaaa!!!! ni la rupa paras Lasagna yang sungguh cheesy!!
Nampak tak meleleh cheese dia.....


one slice of Lasagna....tak sabar nak makan you!

Dek kerana terlampau cheesy sehingga lasangnaku tak boleh nak didirikan tegak. So creamy you!

Semoga perkongsian resepi ini dapat manfaat anda semua. Sudi-sudikan mencuba resepi Lasagna yang mudah ini.

@dapurfizah

Kredit to Resepi Che' Nom

-------------------------------------------------------------------


Saya percaya anda mesti hairan saya selalu share makanan yang tinggi kalori kan? Tak takut bam bam ke? kata Agen NECK..

Sapa kata makan Lasagna boleh menggemukkan.

BERAPA KALORI LASAGNA??

Untuk makluman anda sekiranya anda makan 1 cawan Lasagna, kalorinya tak la banyak sangat. Hanya 408 kalori. Senang je tu nak bakar. Sila tengok jadual exercise di Figure 1 : Exercise and Calories Burn. Anda hanya perlu main squash je.. kalau laratlah. Boleh kalahkan Dato' Nicole David.


Sekiranya anda hanya mengambil hanya 1/6 daripada 8 inci Lasagna anda hanya menyumbangkan 336 kalori dalam badan anda. Apalah sangat 336 kalori yang anda perlu bakar. Anda hanya perlu lakukan berbasikal, jogging atau main roller skating. Best kan?





Figure 1 : Exercise and Calories Burn

Persoalannya, berapa lama anda boleh konsisten melakukan senaman yang boleh membakar kalori yang anda telah ambil seperti di atas? Untuk minggu pertama bersemangatlah. Minggu kedua, ketiga kelaut jadinya. Jogging kemana, berbasikal pun tah kemana.

Dan sejauh mana anda boleh menahan nafsu untuk mengambil hanya 1 slice lasagna sekali hidangan?

Tepuk dada tanya imannnn....

Sebab itu dalam Now Everyone Can Kurus (NECK) Program, kami ada pelbagai cara nak bakar lemak dengan mudah. Tak perlu penat-penat nak berjogging berpanasan dan berjerebu di luar rumah.

Hanya dari rumah anda boleh #KURUS dengan mudah.

Apa yang perlu anda ingat Kurus ke bam bam ke anda bergantung kepada 70% makanan yang anda ambil dan hanya 30% senaman.

Nak ambil Lasagna tak salah, cukuplah sekadar merasa bukan melantak ye.

Disamping itu, untuk mengelakkan lemak dan kolestrol terus masuk ke dalam darah kita boleh kawal dengan mengambil suppliment.

Sebab itu, sebelum saya makan makanan yang berkalori dan berkolestrol tinggi dan berlemak saya akan pastikan ambil sebiji Phytocol dahulu. Manakala lepas makan contohnya makan Lasagna saya akan ambil 1 biji Omega Guard dan 2 biji Lechitin.

Inilah yang saya ambil. Ilustrasi bagaimana kolestrol amat merbahaya jika dibiarkan berleluasa dalam saluran darah kita.

Alhamdulillah sejak saya amalkan pengambilan suppliment ini tahap kolestrol saya terkawal dan normal disamping saya dapat mengekalkan berat badan saya. 

Sapa kata makan Lasagna boleh menggemukkan? Kalau anda makan secara berilmu, Insya Allah anda tak akan menghadapi masalah kegemukan atau kolestrol tinggi.

Anda juga boleh dapatkan tips mudah kurus di link ini.
11 TIPS KECILKAN PEHA DAN PERUT (KLIK DI SINI)

Saya dapat ilmu pemakanan secara sihat semuanya dalam Program NECK.

Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?

Baca Ebook ini dahulu


DAPATKAN PERCUMA!!!

Nak ebook ni? Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada anda. 

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi membaca resepi Lasagna saya ini. Semoga anda dapat manfaatnya. 

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai lagi orang lain dapat manfaatnya.

Love, 
Hafizah

#design yourlife not by default