Para Muslimah khusyuk mendengar ceramah ustaz Mohadir
Dai' Cilik
Banyak sebenarnya Ustaz Mohadir nak kongsikan pada malam tersebut. Sebabnya Ilmunya sangat banyak.
antara intipati yang dapat saya kongsikan.
Apakah amalan yang paling afdal diamalkan ketika malam Lailatul Qadar.
Ulama' pertama menyatakan DOA sepanjang malam.
Ulama' kedua menyatakan Membaca AL-QURAN. Bila dikira dari analoginya 1 huruf dalam bacaan Al-Quran mendapat 10X ganda ganjaran untuk hari-hari biasa. Sedangkan 1 huruf dalam membaca Al-Quran diberikan 100X ganda ganjaran pada bulan ramadhan.
Ulama' ketiga menyatakan amalan yang paling afdal ketika malam Lailatul Qadar adalah SOLAT. Kenapa Solat?
Kerana dalam solat ada bacaan Al-Quran.
Kerana dalam solat ada DOA.
Nampak disini amalan SOLAT merangkumi semua amalan yang dinyatakan oleh 2 ulama' di atas. Jadi SOLAT adalah amalan yang paling afdhal.
Solat diwahyukan di Sidratul Muntaha.
Allah menyuruh "mendirikan solat" bukan "menunaikan solat" atau "melakukan solat" dalam wahyunya kerana kebanyakkan perbuatan solat atau rukun solat adalah 'berdiri' .
Sekiranya ingin berhubung dengan Allah hanya dengan SOLAT.
Dari segi definisinya SOLAT bermaksud Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam.
Antara tips yang ustaz Mohadir kongsikan di sini.
Tips 1 :
Semasa ceramahnya sekiranya tibanya waktu solat hendaklah berhenti untuk diperdengarkan azan, kemudian selepas azan disambung kembali pengajian.
Jarang sekali ustaz yang berbuat sedemikian di dalam kelas-kelas yang saya hadiri. Kebiasaan mereka akan meneruskan pengajian hingga habis barulah dilaungkan azan apabila ingin menunaikan solat.
Semasa azan ustaz Mohadir sengaja membuka air minumannya seluas2nya supaya azan dilaungkan meresap ke dalam molekul-molekul air yang akan diminum. Khasiat air yang telah diazankan atau dibacakan ayat al-Quran sangat banyak.
Tips 2 :
Tips lain yang ustaz kongsikan. Bacakan Al-fatihah 7X ke dalam air untuk dijadikan penawar sebarang penyakit atau perkara contohnya air penerang hati untuk anak-anak.
Tips 3 :
Yang lebih menarik perhatian saya adalah Selawat Tafrijiyah atau dikenali sebagai Selawat Kamilah.
Semasa saya belajar di Universiti pada tahun 1996 dahulu, saya ingat mak saya telah memberi ijazah kepada saya iaitu satu kertas potostat yang mengandungi beberapa selawat yang perlu diamalkan.
Saya ingat lagi
Mak : " Ann ( nama manja saya dalam keluarga ), ambik selawat-selawat ni dan hafal lepas tu amalkan selepas solat atau bila2 waktu yang diperlukan."
ada 5 Selawat yang mak highlight kan supaya diamalkan antaranya selawat Kamilah ini.
Saya tak begitu paham apa khafiat atau kelebihan selawat2 ini. Masa itu bila mak kata amalkan so, saya pun amalkan dan mula menghafaz. Lagipun masa muda remaja dulu mudah sikit nak menghafaz. Kalau sekarang nak minta hafaz....hmmm lambat sikit la kot.
alhamdulillah, berkat apa yang mak suruh dan selawat yang diamalkan, proses pembelajaran saya berjalan lancar walaupun pelbagai ranjau dan duri dilalui...almaklumlah saya bukan la pandai sangat.
Hari ini bila ustaz memberitahu fadhilat selawat Kamilah antaranya:
1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.
Antara tips yang boleh diamalkan:
11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Oleh Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
kredit to http://atsixty-zakriali.blogspot.com
oooo....barulah saya tahu kenapa mak minta saya amalkan selawat kamilah ni dulu disamping selawat-selawat lain...wallauallam.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekiranya anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan button LIKE dan SHARE di bawah. Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain untuk turut mengamalkannya.
Saya doakan anda kaya, berjaya dan bertaqwa dunia akhirat.
Tq share
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTq...sudo share pengalaman...mudah2an pn.juga brjaya ketika ddunia n akhirat...aamiin..
ReplyDeleteSaya suka dengar bacaan selawat Tafrijiyah atau Kamilah nie di You Tube dan petang tadi saya telah muat turunnya di Library You Tube. Malamnya pulak cari fadhilat dan kelebihannya di Google. Alhamdulillah tergerak hati nak buka blog nie. Jazakillahu khairan katsira.
ReplyDeleteterima kasih sudi baca blog saya. Mudahan anda berjaya dunia akhirat. Sekiranya suka entri saya ni mohon SHARE kepada rakan2 lain. Mudahan Allah memberkati perkongsian anda
ReplyDelete